mcmc
Jadual AktivitiJadual Latihan & Aktiviti

TINY TECHIES: Rakaman Ulang Kaji Siri 1 Python, HTML & SQL 2026

Tujuan:

Program Tiny Techies: Rakaman Ulang Kaji Siri 1 Python, HTML & SQL telah dilaksanakan pada Februari 2026 dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman peserta terhadap asas pengaturcaraan dan pembangunan laman web serta pangkalan data. Sepanjang sesi berlangsung, peserta telah mengulangkaji asas bahasa pengaturcaraan Python termasuk penggunaan pemboleh ubah, struktur kawalan seperti if-else, gelung (loop) serta fungsi asas.

Aktiviti:

Bagi modul HTML, peserta didedahkan semula kepada struktur asas pembinaan laman web seperti penggunaan tag, pembinaan perenggan, jadual, senarai dan penyusunan kandungan secara sistematik. Peserta juga berpeluang membina laman web ringkas sebagai latihan pengukuhan.

Manakala bagi modul SQL, peserta telah mengulangkaji asas pengurusan pangkalan data termasuk arahan seperti SELECT, INSERT, UPDATE dan DELETE. Latihan berbentuk simulasi turut dijalankan bagi memberi kefahaman tentang cara mengurus dan mendapatkan data daripada pangkalan data dengan betul.

Gambar Disini