Tujuan:
27 Mac 2026 | Jumaat | 9.30 Pagi-3.00 Petang |Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Selain itu, ia bertujuan memberi peluang kepada komuniti setempat menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi mengesan penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kesihatan lain pada peringkat awal.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan tekanan darah, ujian paras gula dalam darah, indeks jisim badan (BMI). Peserta turut diberikan penerangan mengenai pemakanan sihat, gaya hidup aktif serta langkah pencegahan penyakit. Program ini juga menyediakan sesi soal jawab bagi membantu peserta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kesihatan mereka.