Tujuan:
Program ini dilaksanakan untuk meraikan hari kanak-kanak bersama ahli cilik NADI Kg Pagoh di samping mengeratkan hubungan antara petugas NADI dan ahli cilik NADI Kg Pagoh. 4 aktiviti yg telah dilaksanakan iaitu Colouring Fan, membuat penanda buku, membuat poster dan quiz pengetahuan am. Aktiviti ini dibuat untuk meningkatkan kreativiti peserta cilik dan menguji tahap pengetahuan am peserta.
Aktiviti:
Program dimulakan dengan aktivit pertama iaitu aktiviti mewarna kipas tangan. Peserta cilik mewarna menggunakan magic pen mengikut contoh yang disediakan. Seterusnya peserta membuat penanda buku dengan menulis nama masing-masing pada batang aiskrim. Aktiviti yang keempat ialah membuat poster Hari Kanak-Kanak menggunakan laman sesawang Canva dan aktiviti terakhir iaitu Kuiz pengetahuan Am. Peserta cilik sangat bersemangat dalam keempat-empat aktiviti. Sebelum pulang, peserta menikmati jamuan sempena akhir tahun yang telah disediakan oleh petugas.