Tujuan:
Pada 8 Disember 2024 | 8.00 Pagi – 9.00 Pagi | Program Safe and Shield dan taklimat Nadi Smart Service telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (SARS1). Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar di SMK SARS1 tentang penggunaan internet dan media sosial secara selamat. Pendedahan pelajar kepada dunia internet tanpa sempadan amat membahayakan kerana mereka berisiko terdedah kepada ancaman scammer, pedofilia dan buli siber. Oleh itu dengan adanya pendedahan penggunaan internet yang selamat kepada mereka diharapkan dapat membuka mata mereka untuk menggunakan internet secara berfaedah dan lebih selamat.
Aktiviti:
Taklimat pertama dimulakan dengan taklimat Nadi Smart Service untuk memperkenalakn NADI dan fungsi NADI kepada pelajar dan guru. Seterusnya, taklimat kedua iaitu Taklimat Safe & Shield menerangkan tentang CODE S.A.F.E kepada pelajar. Setelah selesai kedua-dua taklimat, petugas mengadakan kuiz bagi menilai keberkesanan taklimat yang telah diberikan kepada murid-murid SMK SARS1. Pelajar begitu bersemangat untuk menjawab setiap soalan quiz yang diajukan.
NADI YANG TERLIBAT : NADI KG PAGOH & NADI PAGOH JAYA