Tujuan:
27 Disember 2024 | Pukul 8.00 Pagi – 9.00 Pagi | Program Safe and Shield dan taklimat Nadi Smart Service telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar di SMK Bukit Pasir tentang penggunaan internet dan media sosial secara selamat. Pendedahan golongan remaja kepada dunia internet tanpa sempadan amat membahayakan kerana mereka berisiko terdedah kepada ancaman scammer, pedofilia dan buli siber. Oleh itu dengan adanya pendedahan penggunaan internet yang selamat kepada mereka diharapkan dapat membuka mata mereka untuk menggunakan internet secara berfaedah dan lebih selamat.
Aktiviti:
Taklimat pertama dimulakan dengan taklimat Nadi Smart Service untuk memperkenalkan NADI dan fungsi NADI kepada pelajar dan guru. Seterusnya, taklimat kedua iaitu Taklimat Safe & Shield menerangkan tentang CODE S.A.F.E kepada para pelajar. Setelah selesai kedua-dua taklimat, petugas mengadakan kuiz bagi menilai keberkesanan taklimat yang telah diberikan kepada pelajar SMK Bukit Pasir. Pelajar begitu bersemangat untuk menjawab setiap soalan quiz yang diajukan.
NADI YANG TERLIBAT : NADI KG PAGOH, NADI PAGOH JAYA DAN NADI PEKAN LENGA