mcmc
Laporan Aktiviti

Program Safe & Shield di SK Kg Raja

Tujuan:

Pada 5 Disember 2024, Program Safe and Shield dan taklimat Nadi Smart Service telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid di SK Kampong Raja tentang penggunaan internet dan media sosial secara selamat. Pendedahan kanak-kanak kepada dunia internet tanpa sempadan amat membahayakan kerana mereka berisiko terdedah kepada ancaman scammer, pedofilia dan buli siber. Oleh itu dengan adanya pendedahan penggunaan internet yang selamat kepada mereka diharapkan dapat membuka mata mereka untuk menggunakan internet secara berfaedah dan lebih selamat.

Aktiviti:

Taklimat pertama dimulakan dengan taklimat Nadi Smart Service untuk memperkenalakn NADI dan fungsi NADI kepada pelajar dan guru. Seterusnya, taklimat kedua iaitu Taklimat Safe & Shield menerangkan tentang CODE S.A.F.E kepada murid-murid. Setelah selesai kedua-dua taklimat, petugas mengadakan kuiz bagi menilai keberkesanan taklimat yang telah diberikan kepada murid-murid SK Kampong Raja. Murid-murid begitu bersemangat untuk menjawab setiap soalan quiz yang diajukan.

NADI TERLIBAT : NADI KAMPUNG PAGOH & NADI PAGOH JAYA

Gambar Disini