Tujuan:
Program ini merupakan program menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama rakyat dan komuniti di sekitar kawasan NADI. Program ini bertujuan menyamarakan semangat patriotik dan cinta negara Malaysia sempena Hari Merdeka. Setiap orang bersemangat menyambut merdeka dengan aktiviti- aktiviti yang menarik.
Aktiviti:
Peserta mendaftar untuk menyertai pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan memasak dan menghias sandwich bertemakan merdeka. Selain itu, pendaftaran ahli baru , saringan kesihatan, kuiz merdeka, tayangan kesedaran E-Sukan, tayangan perdana wayang patriotik, Live bersama YB Datuk Ahmad Fahmi bin Datuk Mohamed Fadzil Menteri Komunikasi dan Digital, dan penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta.