Tujuan:
Program ini telah berlangsung dengan jayanya sebagai inisiatif memperkukuh hubungan antara komuniti dan agensi kerajaan melalui pendekatan santai dan berinformasi.
Aktiviti:
🔹 Taklimat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Memberi pencerahan tentang peranan NADI sebagai pusat rujukan maklumat untuk komuniti setempat.
🔹 Ceramah Anti-Scammer
Disampaikan oleh Inspektor Mior Fauzi Bin Abdul Rahman, Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil IPD Muar. Ceramah ini membuka mata masyarakat tentang taktik penipuan siber dan langkah pencegahan.
🔹 Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Inisiatif kesihatan awam yang memberi peluang kepada penduduk untuk menjalani pemeriksaan asas secara percuma.
Program ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam membina masyarakat yang celik maklumat, sihat dan berdaya tahan.