Tujuan:
Webinar ini meningkatkan kesedaran peserta mengenai ancaman siber yang boleh berlaku di tempat awam seperti penggunaan rangkaian Wi-Fi awam yang tidak selamat, penipuan dalam talian dan kecurian data peribadi. Memberi pendedahan tentang langkah-langkah keselamatan siber yang perlu diamalkan semasa menggunakan peranti dan internet di tempat awam. Membantu peserta mengenal pasti bentuk serangan siber yang lazim berlaku serta cara mengelakkannya. Memupuk budaya penggunaan teknologi digital yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.
Aktiviti:
Sesi ceramah dan perkongsian oleh penceramah mengenai ancaman siber di tempat awam. Penerangan tentang jenis-jenis ancaman siber seperti phishing, malware, pencurian identiti dan kebocoran data. Demonstrasi serta perkongsian contoh situasi sebenar berkaitan serangan siber yang sering berlaku.