Tujuan:
19 Julai 2025 | Sabtu | 10.00 Pagi-11.00 Pagi |Webinar ini terbuka kepada semua yang berumur 7-12 tahun. Berita palsu mudah tersebar di media sosial, mesej dan laman web tidak sah. Perkongsian tanpa usul periksa boleh sebabkan panik, pecahbelahkan masyarakat dan undang tindakan undang-undang.
Aktiviti
Pada pukul 10.00 pagi kedatangan peserta ke NADI Kg Pagoh. Peserta menonton dengan teliti dan mencatit info-info yang diberikan oleh pihak penceramah. Terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga peserta yang hadir menyertai webinar. Diharapkan peserta menggunakan ilmu yang diperoleh melalui webinar ini dengan sebaik mungkin. Taniah adik-adik yang telah sertai webinar di NADI KG Pagoh, setiap penyertaan akan mendapat sijil.