Tujuan:
04, 05 & 06 Mac 2025 | 02.30 Petang – 04.30 Petang | Program Kelas Keusahawanan Shopee & Taklimat Safe and Shield telah diadakan di NADI Kg Pagoh bersama pelatih Giatmara. seramai 24 orang pelatih telah menyertai kelas keusahawanan ini. Kelas keusahawanan ini dilaksanakan adalah untuk menambah kemahiran pemasaran digital yang mana boleh dijadikan kerjaya selepas tamat kursus latihan di Giatmara. Kelas ini diharapkan dapat menambah pendapatan peserta untuk menceburi bidang pemasaran atas talian selain dapat meningkatkan minat generasi muda untuk menceburi bidang perniagaan.
Aktiviti:
Melalui kelas ini, peserta dapat mempelajari cara mendaftar sebagai penjual di shopee. Peserta juga didedahkan kepada cara pengurusan Shopee Seller Center dimana website ini khas digunakan oleh penjual. Seterusnya peserta diajar satu persatu cara memasukkan produk mereka kedalam shopee dan bagai mana membuat penerangan produk yang betul, jelas dan menarik pembeli untuk membeli produk di kedai mereka. Selain daripada kelas keusahawanan, petugas NADI Kg Pagoh mengambil peluang ini untuk memberikan pendedahan kepada pelatih-pelatih Giatmara tentang cara yang selamat ketika menggunakan internet mellaui taklimat Safe & Shield. Pelatih didedahkan tentang ancaman-ancaman yang ada didalam internet seberta tips untuk menjadi mangsa ancaman internet.