Tujuan:
Webinar Berkala Sejarah Edisi 4 bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ini dianjurkan bertujuan untuk membantu pelajar mengukuhkan pemahaman terhadap topik-topik penting dalam mata pelajaran Sejarah serta sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Sepanjang webinar berlangsung, penceramah telah memberi penekanan kepada teknik memahami fakta sejarah, kaedah menjawab soalan struktur dan esei serta cara menganalisis kehendak soalan dengan tepat. Pelajar juga diberi penerangan ringkas mengenai topik-topik utama Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang sering menjadi fokus dalam peperiksaan..
Aktiviti :
Selain sesi penerangan, webinar ini turut disertakan dengan perbincangan soalan-soalan contoh dan sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada pelajar mendapatkan penjelasan secara langsung. Penyertaan aktif pelajar menunjukkan komitmen yang tinggi dalam meningkatkan pencapaian akademik masing-masing.