Tujuan:
Open Tuition bagi bulan April 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan pelajar dari Tingkatan 4 dan 5. Program ini bertujuan menyediakan ruang pembelajaran terbuka kepada pelajar untuk mengulang kaji pelajaran, menyiapkan tugasan sekolah serta mendapatkan bimbingan secara santai dan fleksibel.
Aktiviti :
Sepanjang pelaksanaan program, pelajar telah hadir mengikut sesi yang ditetapkan dan menunjukkan komitmen yang baik dalam pembelajaran. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ulang kaji subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, di samping sesi perbincangan bersama rakan serta bimbingan daripada petugas.