Tujuan:
Program Guidance Tuition Tingkatan 4 diadakan bertujuan membantu pelajar meningkatkan kefahaman dalam mata pelajaran teras, memberi panduan teknik menjawab soalan dengan betul serta meningkatkan keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan.
Aktiviti:
Program ini melibatkan sesi pembelajaran secara interaktif yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk penerangan topik penting, perbincangan soalan, latihan pengukuhan serta sesi soal jawab bersama pelajar. Pelajar juga didedahkan dengan teknik menjawab soalan peperiksaan yang efektif.