mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

BAZAR RAYA NADI 2026

Tujuan:

14 Mac 2026 | Sabtu | 8.30 Pagi-3.00 Petang |Program Bazar Raya NADI diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan tempatan menjana pendapatan sempena musim perayaan Hari Raya. Selain itu, program ini juga bertujuan mempromosikan produk komuniti setempat, menggalakkan keusahawanan digital serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan ialah jualan pelbagai barangan seperti makanan tradisional, kuih raya, pakaian, dan makanan sejuk beku. Pihak NADI jugak menganjurkan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 4 – 7 tahun dan 8- 12 tahun, pertandingan silang kata, dan kuiz raya. Usahawan turut diberi pendedahan mengenai promosi secara dalam talian bagi meningkatkan jualan. Selain itu, program ini dimeriahkan dengan aktiviti sampingan seperti webinar kidventure dan webinar usahawan, serta sesi interaksi bersama pengunjung bagi menarik lebih ramai penyertaan.

Gambar Disini