mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

KEMPEN INTERNET SELAMAT: WEBINAR KOMUNIKASI SIHAT DI ALAM SIBER

Tujuan:

07 Mac 2026 | Sabtu | 10.00 Pagi-11.00 Pagi |Webinar ini terbuka kepada semua yang berumur 7-17 tahun . Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya pelajar dan komuniti setempat, mengenai kepentingan penggunaan internet secara selamat dan beretika. Selain itu, webinar ini memberi pendedahan tentang cara berkomunikasi secara sihat di alam siber, mengelakkan penyebaran maklumat palsu, serta membendung isu buli siber dan penyalahgunaan media sosial.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang webinar ini ialah sesi ceramah interaktif berkaitan etika komunikasi digital, perkongsian tips keselamatan internet seperti pengurusan kata laluan dan privasi akaun, serta penerangan tentang kesan negatif penggunaan internet tanpa kawalan. Program ini turut disertai dengan sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan lanjut. Selain itu, aktiviti kuiz ringkas turut diadakan bagi menguji kefahaman peserta terhadap topik yang dibincangkan.

Gambar Disini