Tujuan:
Pejabat Penerangan Daerah Muar telah menyelaras perjumpaan dan sesi libat urus melibatkan Komuniti MADANI Pekan Pagoh dan Komuniti MADANI Mukim Jorak Pagoh bersama NADI Kampung Pagoh.
Sesi Libat Urus ini bertujuan membincangkan kerjasama antara Pejabat Penerangan Daerah Muar khususnya Komuniti MADANI Pekan Pagoh dan Komuniti MADANI Mukim Jorak Pagoh bersama NADI Kampung Pagoh untuk perlaksanaan pendedahan kelas kesedaran dan kelas ICT bagi ahli Komuniti Madani.
Aktiviti:
Pengurus NADI Kg Pagoh menerangkan infografik NADI serta tujuan sesi libat urus kepada pihak JAPEN dan Komuniti Madani. Ahli Komuniti Madani dan Petugas NADI saling berbincang dan mengajukan pelbagai soalan yang berkaitan.