mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2024 : KEUSAHAWANAN – PUAN Norashikin Binti Ismail

USAHAWAN KECIL KUIH SEJUK BEKU

Nama: Norashikin Binti Ismail
Umur: 57 Tahun
Ahli: 2024

Latar belakang

Puan Norashikin merupakan anak kelahiran Kampung Olak Sepam, Pagoh. Mula berjinak-
jinak dalam perniagaan dengan niat ingin membantu suami semasa dunia dilanda Coronavirus (Covid-19). Beliau menimba ilmu perniagaan dengan membuat karipap sejuk beku dari Jabatan Pertanian. Apabila mendapat sambutan, beliau mula menghantar karipap pusing sejuk beku di kedai-kedai seperti RezqiMart di Pekan Pagoh. Sehingga ke hari ini, beliau berjaya memasarkan 3 produk iaitu, karipap pusing sejuk beku, wadey sejuk beku, popia simpul dan cornflakes madu (dibuat semasa musim perayaan sahaja).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli NADI, beliau kurang pengetahuan dan pendedahan ilmu perniagaan secara dalam talian. Beliau kurang kemahiran dalam mengiklankan produk beliau di laman sosial seperti di Facebook, Tiktok dan juga WhatsApp Business. Beliau hanya menunggu tempahan masuk daripada WhatsApp Group kampung.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli NADI, beliau rajin mengikuti kelas-kelas ICT dan juga keusahawanan yang dianjurkan oleh NADI Kg. Pagoh seperti kelas membuka akaun Shopee dan juga mengemaskini WhatsApp Business. Selain itu, beliau juga sering mengikut kelas keusahawan yang dianjurkan oleh NADI.Beliau juga, sering menanyakan pandangan, idea-idea dan cara-cara untuk memasarkan produk di laman sosial dengan menggunakan gambar-gambar yang dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk yang dijual. Tambahan pula, beliau rajin bertanya petugas tentang penggunaan platform online dan sosial media yang ada. Kini, beliau mahir dalam mengendalikan kedai atas talian menggunakan WhatsApp Business, Facebook agar dapat menarik minat pelanggan beliau.